:: Sekapur Sireh ::

Selamat datang ke laman blog saya. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan maklumat penting berkenaan penyakit - penyakit seperti Tibi dan Kusta. Diharapkan dengan wujudnya laman blog ini, para pelawat dapat mendapat maklumat yang tepat malah jika ada kelapangan para pelawat boleh berinteraksi dengan saya dengan memberikan komen yang bernas. Terima kasih.

Tuesday 10 July 2012

Saringan Pekerja Kesihatan Part 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

Bermula pada 5 Jun 2012 iaitu setiap hari Isnin dan Selasa setiap minggu sehingga 26 Jun 2012 yang lalu, saya telah membantu pihak Unit Kawalan Infeksi, Hospital Kuala Penyu untuk memberi suntikan Mantoux Test atau Tuberculin Test kepada lebih 188 orang kakitangan 'Front Liner' Hospital Kuala Penyu.

Berikut merupakan gambar - gambar di sekitar aktiviti pemberian suntikan Mantoux Test;

orang pertama yang dijarum !

staf pengurusan tidak terkecuali


Chief MA juga turut menerima nasib yang sama hehehe

Pembantu Perawatan Kesihatan yang pasrah dijarum

staf yang selamba saja

bersedia untuk menjarum

Staf Farmasi juga tidak ketinggalan

sabar - sabar ya kak!

gadis Farmasi juga berani menerima suntikan
Admin bersama pembantunya yang ensem!

Mengikut perkembangan terkini, seramai 2 orang kakitangan hospital telah disahkan mempunyai keputusan ujian melebihi 15mm dan akan dirujuk ke Doktor Pakar selepas Ujian Kahak dan Chest X - Ray dilakukan.


p/s : ada juga staf yang tak berani menerima jarum ini!


yang benar,

Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

10/07/2012

Monday 21 May 2012

Saringan Tibi Di Kalangan Pekerja Kesihatan Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Bertindak atas pakeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Hasan Bin Abdul Rahman, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu telah mengadakan aktiviti pemberian suntikan Tuberculin Test (Mantoux Test) yang diselia oleh Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu.

Aktiviti pemberian suntikan Tuberculin Test telah dijalankan bermula pada 7 Mei 2012 sehingga 18 Mei 2012 yang melibatkan kakitangan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Menumbok, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu, Klinik Desa Kiambor, Bundu dan Kerukan.

Pemberian suntikan ini telah diberi kepada seramai lebih kurang 100 orang kakitangan kesihatan. Suntikan ini telah dibuat oleh Unit Tibi Daerah Kuala Penyu dan Unit Tibi Daerah Beaufort. Berikut merupakan antara gambar - gambar sempena aktiviti tersebut;

Inilah alatan yang Admin gunakan untuk menyuntik orang kecuali handphone :)

               
Mula dah menjarum hehehe

Antara 'mangsa' yang terlibat

Kata orang, sakit dan pedih kena jarum  Tuberculin ni

Admin tengah buat 'preparation'


Are you ready?

Setelah selesai pemberian suntikan ini, hasilnya terdapat 6 orang kakitangan kesihatan yang telah dikesan POSITIF dan sekarang tengah menunggu hasil keputusan kahak masing - masing. Seterusnya sebaik saja selesai semua prosedur, maka Admin akan merujuk yang 6 orang ini ke doktor di Hospital Kuala Penyu untuk tindakan lanjut.

p/s : nasib baik keputusan admin ni negatif :)


Yang benar,

Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

21/05/2012



Majlis Perpisahan Pelatih - Pelatih Masterskill



Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,


Agak lama juga saya tidak meng'update' blog tbkusta ini. Semenjak awal bulan Mei 2012 ini, banyak aktiviti Unit Tibi Kuala Penyu yang mesti dilaksanakan. Jadi pada kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda semua salah satu aktiviti yang sebenarnya dibuat pada 12 April 2012 lalu. 


Pelatih - pelatih ini telah menghabiskan sesi penempatan mereka selama 6 bulan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu semenjak bulan Oktober 2011 lagi. Apa pun saya ingin mengucapkan kepada mereka semoga semuanya memperolehi pekerjaan sebaik saja tamat pengajian. Berikut merupakan gambar - gambar sempena majlis tersebut;

PPKP U32 En. Freddie menerima cenderahati dari pelatih
PPKP U32 En. Thomas


PPKP U29 En. Shariwan

PPKP U29 En. Bahrin

PPKP U29 En. Victor

PPKP U29 En. Mohd. Ash

PPKP U29 Jerrylen

PPKP U29 Suilan

PPKP U29 Jusman

PPP U29 Ruzlam (admin tbkusta)

Nama pelatih : Lai, Gido, Mas, Mel, Saida

Yang benar,

Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

21/05/2012






Thursday 5 April 2012

Pameran Tibi Sempena Hari Tibi Sedunia


Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada 27 - 28 Mac 2012, Unit Tibi/Kusta Kuala Penyu telah mengadakan pameran tentang Penyakit Tibi dan Kusta di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Kuala Penyu.

Aktiviti pada waktu itu adalah pemberian risalah Tibi dan Kusta kepada semua pelanggan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta penerangan ringkas tentang penyakit - penyakit tersebut.

Setelah dua hari aktiviti dijalankan, seramai 36 orang telah berjaya diberi risalah dan penerangan tentang penyakit Tibi dan Kusta.

Tema Hari Tibi pada tahun ini adalah;

"ON THE MOVE AGAINST TUBERCULOSIS,
STOPPING TB IN MY LIFE "

"BERGERAK MEMBANTERAS TB, HIDUP TANPA TB"

Berikut antara aktiviti - aktiviti yang sempat dirakam sempena pameran tersebut;


poster - poster

antara pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti pameran.

aktiviti penerangan diberi.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

05/04/2012


Wednesday 4 April 2012

Ubat - Ubat Tibi ...



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada kali ini pula saya akan menunjukkan rupa dan bentuk ubatan Tibi yang akan dimakan oleh pesakit Tibi semasa dalam rawatan. Sila beri perhatian ok :)


Isoniazide 100mg

Isoniazide 400mg

Rifampicin 300mg

Rifampicin 150mg

Pyrazinamide 500mg

Pyridoxine 10mg

Ethambutol 400mg


Apa pendapat anda sekalian? banyak kan? jadi saya memang amat kagum dengan pesakit - pesakit Tibi yang sentiasa memakan ubat - ubat di atas sehingga rawatan mereka tamat. Apa yang paling penting di sini adalah ahli keluarga pesakit juga kena selalu memberi sokongan dengan pesakit supaya mereka sentiasa mematuhi rawatan mereka.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan - 0138556576
Unit Tibi & Kusta
Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

03/04/2012

Sunday 1 April 2012

Ubat - Ubat Kusta...


Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

Sebagai artikel pertama untuk blog baru ini, saya akan memperkenalkan kepada anda senarai ubatan Kusta yang digunakan pada waktu ini untuk tujuan rawatan Penyakit Kusta;



Rawatan Kusta


Rawatan Kusta Untuk Pesakit Dewasa (merah&hijau)
dan Pesakit Kanak - Kanak (biru&kuning)



Setiap satu pek ubat di atas selalunya adalah rawatan untuk tempoh sebulan. Rawatan hari pertama pula selalunya akan dimakan di Klinik Tibi/Kusta dan selebihnya akan dimakan dirumah pesakit sehingga habis satu pek tadi dan kembali semula ke klinik untuk mengambil semula ubatan kusta tersebut.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta
Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

01/04/2012